SELAMAT DATANG KE BLOG MGC KULIM BANDAR BAHARU

Monday, November 17, 2008

PROFIL GURU CEMERLANG

PROFIL GURU CEMERLANG

· Guru Cemerlang ditakrifkan sebagai seorang guru istimewa, dedikasi dan bermotivasi,
yang mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam bidang tugasnya, hasil
daripada himpunan pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang luas dan berterusan
pada sepanjang tempoh perkhidmatannya.

· Guru Cemerlang mempunyai kualiti peribadi dan kepimpinan yang boleh diteladankan
serta sentiasa mencapai mutu kerja yang cemerlang.

· Sentiasa berterusan, Guru Cemerlang berusaha membentuk akhlak mulia dan
membuktikan peningkatan prestasi akademik serta kokurikulum murid / pelajarnya.


Kepakaran dan kecemerlangan itu dikenalpasti menerusi penilaian dalam aspek berikut:







Taksiran 5 aspek kecemerlangan di atas adalah seperti berikut :

KECEMERLANGAN PERIBADI
· Mempunyai keyakinan diri
· Berakhlak dan bermoral
· Bersikap adil dan bertimbang rasa
· Beramanah dan bertannggugjawab
· Kreaktif dan inovatif
· Sentiasa mengurus diri dengan kemas
· Sedia berkongsi dan berkerjasama
· Bersikap terbuka
· Bersikap positif


KECEMERLANGAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN


· Mengamalkan budaya ilmu
· Kebolehan untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang rasional dan
objektif
· Menyertai dan memanfaatkan kursus dalam perkhidmatan untuk meningkatkan kualiti
kerja
· Kebolehan menyediakan kertas kerja, laporan prestasi murid/pelajar sekolah, minit
mesyuarat, dokumentasi dan penerbitan sekolah
· Pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran
· Berupaya mengendalikan aktiviti kokurikulum
· Mengenalpasti keperluan dan masalah individu murid/pelajar serta menyediakan program
tindakan susulan
· Pengurusan masa, bahan, sumber, alatan pengajaran dan pembelajaran
· Peka dan prihatin terhadap keperluan kebajikan murid/pelajar

KECEMERLANGAN KERJA
· Pengurusan keceriaan bilik darjah
· Berjaya membimbing murid/pelajar mematuhi peraturan dan tahap pembelajaran
· Menguasai dan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran
· Melaksanakan rutin dengan berkesan bagi memudahkan pembelajaran
· Menyemak kerja murid/pelajar dengan teliti, tepat dan memberi komen yang positif untuk
menggalakkan pembelajaran yang seterusnya
· Memberi kerja bertulis dan latihan megikut kekerapan yang sesuai
· Memberi bimbingan pelajaran pelajaran kepada murid/pelajar di luar waktu pengajaran
· Menggunakan hasil pengujian dna penilaian untuk membaiki pengajaran
· Sentiasa merangsang murid/pelajar berfikir
· Merancang pelajaran yang baik
· Hasil pembelajaran murid/pelajar menunjukkan peningkatan
· Aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan mata pelajaran dirancang dan dilaksanakan
dengan penuh komitmen
· Peranan dalam kokurikulum sebagai guru penasihat atau jurulatih
· Berupaya meningkatkan penglibatan, minat dan prestasi murid/pelajar


KECEMERLANGAN KOMUNIKASI
· Memulakan atau merintis sesuatu usaha dan berupaya meneruskan usaha itu
· Berjaya berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan secara lisan dan bertulis
· Sentiasa memelihara hubungan mesra dan menghormati semua ahli masyarakat sekolah

KECEMERLANGAN POTENSI
· Menyumbangkan tenaga dan kepakaran ke arah kejayaan sekolah dalam bidang
kokurikulum sekurang-kurangnya di peringkat sekolah dan daerah
· Penglibatan dalam kursus, seminar, bengkel peringkat sekolah, daerah dan kebangsaan
sebagai fasilitator, penyedia kertas kerja dan penceramah
· Sentiasa belajar untuk peningkatan kerjaya sebagai pendidik
· Mempunyai wawasan


Sasaran Kerja Tahunan Guru Cemerlang



Tugas Utama ( A )


Membuat perancangan pembelajaran dan pengajaran supaya dapat mencapai tahap yang ditetapkan oleh Guru Besar/Pengetua/PPD dan mengajar mata pelajaran kepakarannya.


Peratusan Masa 70 %


Tugas Utama ( B )


Memimpin atau membantu dalam tugas Kurikulum dan Kokurikulum berkaitan dengan mata pelajarannya.
Peratusan Masa 10 %


Tugas Utama ( C )


Melaksanakan tugas khusus bimbingan murid/pelajar serta peningkatan profesionalisma guru-guru di sekolahnya.
Peratusan Masa 10 %


Tugas Utama ( D )


Melaksanakan tugas-tugas khas yang diberi oleh PPD, Pengarah JPN, Pengarah Bahagian dengan restu KPPM.
Peratusan Masa 10 %

0 Comments:

 

blogger templates | Make Money Online