SELAMAT DATANG KE BLOG MGC KULIM BANDAR BAHARU

Tuesday, September 15, 2009

PERIHAL PENGESAHAN

Baru-baru ini saya ada beberapa soalan kepada Bahagian Sumber Manusia KPM mengenai pengesahan guru cemerlang . Jadi jawapan yang diterima daripada BPSMKPM begini...

Tuan,

PENJELASAN MENGENAI KENAIKAN PANGKAT

Perkara :

1. Kenaikan Guru Cemerlang gred DGA29 ke gred DGA32 (KUP)

Untuk tujuan kenaikan pangkat bagi Guru Cemerlang gred DGA32 (KUP), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) masih belum menerima perakuan kenaikan pangkat Guru Cemerlang gred DGA32 (KUP) daripada JPN Kedah. Hanya setelah perakuan daripada Ketua Jabatan diterima, pihak urus setia di KPM akan menyemak dan seterusnya membawa perakuan tersebut untuk pertimbangan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP).

2. Tarikh kenaikan pangkat Guru Cemerlang

Manakala, bagi tarikh kenaikan pangkat Guru Cemerlang gred DGA32, ia adalah tertakluk kepada tempoh pemangkuan sekurang-kurangnya selama enam (6) bulan sebelum diberi kenaikan pangkat. Bagi kes tuan, jika tarikh pemangkuan sebagai Guru Cemerlang gred DGA32(KUP) ialah pada 16.07.2008, tuan boleh dipertimbangkan oleh LKPPP untuk diluluskan kenaikan pangkat sebagai Guru Cemerlang gred DGA32 (KUP) setelah genap enam (6) bulan memangku serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Sekiranya tuan telah diluluskan kenaikan pangkat secara Time-Based ke gred DGA32 (KUP) dan tarikh tersebut adalah lebih lewat daripada tarikh kenaikan pangkat sebagai Guru Cemerlang gred DGA32 (KUP), maka tarikh Time-Based tersebut tidak akan terpakai lagi. Tuan akan dikehendaki memulangkan surat kenaikan pangkat secara Time-Based tersebut kepada Ketua Jabatan untuk dikembalikan kepada BPSM. Tarikh kenaikan pangkat yang terpakai ialah tarikh kenaikan pangkat secara Guru Cemerlang gred DGA32(KUP). Namun, jika tarikh kenaikan pangkat secara Time-Based gred DGA32 (KUP) adalah sebelum tarikh kenaikan pangkat Guru Cemerlang gred DGA32 (KUP), maka tarikh kenaikan pangkat ke gred DGA32 (KUP) yang terpakai ialah tarikh kenaikan pangkat secara Time-Based tersebut. Pihak BPSM akan mengeluarkan surat penempatan untuk dikekalkan sebagai Guru Cemerlang gred DGA32 (KUP) kepada tuan dan tuan boleh kekal di dalam laluan Guru Cemerlang.


Sekian, terima kasih.


Noorzaimah Md Noor

Penolong Setiausaha
Unit Naik Pangkat Bukan Siswazah
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1-5 Blok E12 Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 W.P. PUTRAJAYA

Tel : 03 – 8884 7969
Faks : 03 – 8884 7928


Setelah itu...saya menelefon JPN Kedah bahagian kenaikan pangkat , kata pegawai yang menguruskan hal pengesahan ini adalah disebabkan guru-guru yang tidak menghantar dokumen yang lengkap. Terdapat beberapa buah sekolah yang tidak menghantar maklumat dengan lengkap. Adakah sesetengah guru cemerlang sememangnya inginkan pengesahan jawatan lambat, sedangkan kerana perkara seperti inilah menyusahkan guru-guru yang lain. Justeru kepada semua GC daerah Kulim Bandar Baharu , pastikan anda menghantar maklumat yang lengkap kepada Jabatan Pelajaran Kedah. Jika ada masalah hubungi JPN Kedah bahagian naik pangkat.

2 Comments:

PenHow said...

Hi, di mana kita boleh dapat borang perakuan ketua jabatan untuk urusan kenaikan pangkat GC DG 44. Sekian, terima kasih

MGC KULIM BANDAR BAHARU said...

Hi, Penhow..borang perakuan telah dikeluarkan oleh JPN masing-masing. Pada bulan Mei pihak JPN telah meminta semua gc mengisi maklumat yang diperlukan untuk perakuan ketua jabatan. Sekiranya masih belum berbuat demikian, sila hubungi JPN bahagian kenaikan pangkat untuk maklumat lanjut. Sekadar membantu- admin

 

blogger templates | Make Money Online